Jurnal Harian
23 Jun 2016, Khamis- Hari ini saya bangun sahur lebih awal dari kelmarin kerana Allah mengizinkan saya bangun awal. Walaupun saya bangun awal tapi saya tetap lambat sedikit untuk turun sahur kerana saya ingin mendapat lebih banyak pahala. Saya makan sahur secara tidak gelojoh kerana saya risau yang saya akan sakit perut jika saya makan dengan gelojoh. Selepas sahur saya masuk semula ke bilik saya sementara menunggu waktu Subuh. Selepas azan saya terus pergi ke dewan serbaguna untuk solat Subuh dengan pelajar-pelajar yang lain. Selepas solat, saya masuk ke bilik, mandi dan bersiap untuk pergi ke kelas.
Hari ini saya berasa agak sedih ketika berada dalam kelas kimia kerana saya mendapat keputusan yang teruk untuk kuiz. Pada petang tadi pula saya dapat belajar banyak perkara baru ketika mata pelajaran Jepun berlangsung. Saya belajar nombor dalam bahasa Jepun dari satu sehingga seratus.
Ketika berbuka, saya berbuka di dewan serbaguna kerana pihak PERMATA telah mengadakan iftar di sana. Kami semua memakai baju melayu masing-masing ketika itu. Kemudian semuanya berjalan seperti biasa dan saya terpaksa membuat jurnal ini pada pukul 11 kerana terlalu banyak kerja rumah.

No comments