Jurnal Harian
27 Jun 2016, Isnin- Hari ini saya bangun pada pukul 4.30 pagi untuk sahur. Sahur hari ini kami makan nasi berlaukkan ayam yang sedap. Selepas itu, saya pergi ke bilik Adib dan mengambil barang saya sebelum pergi ke bilik saya di blok C. Selepas itu saya tidur sebentar sebelum solat Subuh secara berjemaah di dewan serbaguna. Selepas itu saya masuk ke bilik dan kemas barang-barang saya sebelum tidur sebentar. Sebaik sahaja saya bangun saya terus pergi mandi dan bersiap untuk ke kelas.
Hari ini kami mengadakan perhimpunan rasmi mingguan seperti biasa di dewan serbaguna. Selepas itu barulah kami masuk ke kelas masing-masing.
Ketika kelas Bahasa Melayu kami telah belajar cara menggunakan Powtoon dan kami juga telah diberikan latihan untuk menggunakannya.
Pada waktu malam kami solat Tarawih pada pukul 9 dan tamat pada pukul 9.30 malam. Selepas itu saya dan pelajar-pelajar yang lain pun pergi ke kelas prep masing-masing.

No comments