Jurnal Harian
28 Jun 2016, Selasa-Hari ini saya bangun untuk sahur agak lewat iaitu pada pukul 5 pagi. Ini kerana teman sebilik saya lambat mengejutkan saya untuk sahur. Sebaik sahaja saya bangun saya terus berlari ke dewan makan untuk bersahur. Hari ini saya bersahur berlaukkan ayam sambal yang memang sedap. Saya makan dengan berselera tapi tidak terlalu gelojoh kerana saya tidak mahu memudaratkan diri saya. Selepas sahur saya tidur semula di bilik sehingga jam 6.50 pagi. Selepas itu saya terus mengambil wuduk dan solat Subuh di bilik saya. Saya mandi dan bersiap untuk pergi ke kelas selepas itu. Saya bergerak ke dewan serbaguna untuk perhimpunan pada pukul 7.40 pagi. Perhimpunan berlangsung sekejap sahaja kerana pengumuman yang diberikan agak ringkas.
Ketika kelas bermula saya berasa agak hairan kerana murid di kelas saya hanya 14 orang dan bukannya 15 orang seperti biasa. Kemudian barulah saya sedar yang Hafizuddin tiada di kelas. Saya pergi ke biliknya pada waktu rehat untuk mencarinya. Rupa-rupanya dia tertidur di bilik dia dari pagi. Saya mengejutnya dan terus mengajaknya untuk pergi ke kelas.
Pada waktu malam kami melihat tayangan video selepas solat Maghrib di dewan serbaguna. Selepas itu mereka mengumumkan yang pagi esok ada Qia Mulail pada pukul 3.30 pagi. Saya tak tahulah yang saya dapat bangun atau pun tidak. Tapi saya memang berharap saya bangun esok. Ketika prep saya membuat jurnal ini di depan kelas prep 1K3.

No comments