1 Julai 2016, Jumaat- Hari ini merupakan hari yang amat menggembirakan bagi saya kerana pada hari inilah saya pulang ke kampung halaman saya di Sarawak. Pada waktu pagi hingga petang saya hanya menunggu pakcik dan makcik saya menga,bil saya di asrama.Mereka datang pada jam 7.30 petang yang mana ia merupakn waktu berbuk jadi saya pun berbuka dalam perjalanan ke lapangan terbang. Saya hampir terlepas penerbangan saya kerana penerbangan saya dijadualkan pada pukul 9 malam tapi saya sampai pada jam 8.30 malam. Saya bernasib baik kerana ketika mereka baru sahaja ingin menutup kaunter saya terus pergi ke kaunter itu. Selepas mendapat epercayaan mereka kerana saya dibawah 15 tahun, mereka terus mengarahkan saya pergi ke pintu A5. Saya pun berlari ke situ dengan sepantas yang saya boleh.Saya menaiki pesawat tepat pada masanya dan tiba di Sarawak pada jam 11 malam. Di Lapangan Terbang Miri ibu dan ayah saya membawa saya pergi ke Sarikei iaitu kampung halaman mak saya. Memang memenatkan perjalanan hari ini tapi asalkan dapat balik kampung!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments