4 Julai 2016, Isnin- Hari ini saya dan keluarga masih lagi menunggu pengisytiharaan raya. Pagi tadi saya dan keluarga bersahur dengan nasi dan berlaukkan kari ayam. Masakan itu dibuat oleh ayah saya. Saya makan dengan berselera kerana masakan ayah memang sedap. Selepas makan saya menonton cerita yang agak menarik sebelum solat Subuh. Saya menonton cerita lagi dan terlelap di kerusi.
Saya bangun pada pukul 10 pagi dan bergegas mandi kerana ingin mengikuti ayah saya ke bandar untuk mencari bahan-bahan untuk membuat lemang. Dari bandar kami pergi pula ke tepi sungai di Sarikei untuk mencari kayu api. Banyak juga kayu yang kami dapat tadi.
Ketika berbuka saya berbuka dengan agak cepat kerana tidak sabar untuk mendengar pengistiharaan raya di TV1 pada jam 8 malam. Tepat pada jam lapan malam, Penyimpan Cap Moho-mohor Besar Diraja mengesahkan bahawa, tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi seluruh negeri di Malaysia jatuh pada 6 Julai 2016, iaitu hari Rabu. Saya berasa amat gembira tadi selepas pengishtiharaan itu kerana tak lama lagi nak raya!

No comments