5 Julai 2016, Selasa- Hari ini saya bersahur pada jam 3.30 pagi kerana di sini Subuh 5.07 minit pagi. Selepas sahur saya mandi dengan air yang agak sejuk. Saya terus mengambil air wuduk untuk solat Subuh selepas saya mandi. Selepas solat saya tidur semula di kerusi yang terletak di depan televisyen.
Saya bangun semula pada jam 10 pagi seperti biasa. Hari ini seluruh keluarga saya serta saya sekali, amat gembira kerana esok merupakan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2016.
   Pada waktu petang saya membantu ibu saya mengemas rumah. Adik-beradik saya yang lain juga membantu saya mengemas rumah. Memang agak penat kerana saya dan adik-beradik saya semua sedang berpuasa. Karja kami itu tamat ketika waktu hampir berbuka. Hari ini kami sekeluarga tidak berbuka di rumah sendiri sebaliknya kami berbuka di rumah atuk dan nenek kami.
   Tepat pada 8 ,malam bunyi bunga api mula kedengaran di sana sini. Saya, adik-beradik saya dan semua sepupu keluar untuk merayakan malam raya ini. Kami memasang mercun, mercun bom, bunga api, mercun papan, mercun bawang dan mercun kon. Memang sangat meriah suasana ketika itu. Pada pukul 10 malam, saya membantu ayah saya menyediakan lemang sebelum bermalam di rumah atuk saya bersama dengan semua sepupu saya.

No comments

Powered by Blogger.