6 Julai 2016, Rabu- Pagi ini saya bangun dengan perasaan yang sangat gembira. Hari ini merupakan hari yang paling saya nantikan iaitu Hari Raya! Pagi ini saya memakai Baju Melayu yang abru dan pergi ke masjid untuk solat sunat hari raya. Tapi malang juga nasib saya kerana apabila tiba di sana orang ramai sudah pun habis solat. Jadi saya dan ayah saya pun pergilah ke bandar untuk membaiki telefon pintar saya yang mengalami sedikit kerosakan. Selepas itu barulah saya pulang ke rumah dan makan lemang yang sudah siap. Memang sedap tak terkata. Selepas itu saya dan keluarga dan pergi rumah atuk saya untuk memohon maaf atas segala kesalahan kami semua. Pada ketika itulah saya dapat berjumpa dengan seluruh ahli keluarga.
Pada waktu petang kami menziarahi rumah semua sanak saudara, rakan-rakan dan kenalan. Kami menziarahi sehingga lewat petang. Pada waktu malam kami sambung menziarah sehingga jam1 pagi.
Pada waktu petang kami menziarahi rumah semua sanak saudara, rakan-rakan dan kenalan. Kami menziarahi sehingga lewat petang. Pada waktu malam kami sambung menziarah sehingga jam1 pagi.
No comments