12 Julai 2016, Selasa- Hari ini saya bangun pada jam 8 pagi di rumah pak cik saya. Selepas bangun, saya terus pergi mandi dan berus gigi. Selepas mandi saya pergi semula ke katil dan baring semula kerana masih penat akibat 10 jam saya berada di terminal; kelmarin. Pada jam 11 pagi, mak cik saya membuat sarapan untuk saya dan anak-anaknya. Dia memasak sosej yang dicampur dengan keju yang enak. Dia juga memasak bebola ketam dan bebola ayam. Pagi ini merupakan permulaan yang baik bagi saya.
   Pada jam 12 tengah hari mak cik saya mengajak saya ke bandar untuk mencari pakaian dan menghantar saya ke kolej. Saya pun bersetuju dan mengikutinya ke bandar. Kami ke bandar dengan menaiki kereta Alza yang dimilikinya. Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira 1 jam. Sebelum kami ke bandar kami singgah sebentar di kampung mak cik saya. Selepas itu barulah kami teruskan perjalanan ke bandar semula.
   Di bandarsaya melihat banyak bangunan yang saya tidak pernah pergi sebelum ini. Kami membeli belah dengan agak cepat kerana saya perlu berada di kolej sebelum pukul 6. Kami pun bergerak ke kolej saya yang terletak di Bangi, Selangor. Sebaik tiba di sana makcik memberikan duit raya dan kuih raya kepada saya.
   Pada waktu malam saya hanya hadiri prep seperti biasa.

No comments

Powered by Blogger.