11 Julai 2016, Isnin- Hari ini saya bangun pada pukul 4 patgi di leburaya Bintulu dalam perjalanan untuk ke Miri. Saya dan keluarga telah berjalan dalam masa yang agak lama selepas kami bertolak dari Sarikei pada jam 10 malam. Perjalanan ini memang agak lama tapi ia perlu dilakukan kerana penerbangan saya dijadualkan pada jam 11 pagi. Kami bersarapan di pekan kecil yang berhampiran Miri pada jam 8 pagi. Saya hanya makan nasi berlaukkan kari ayam dalam tin yang dibeli oleh ayah saya ketika dalam perjalanan.
Walaupun sederhana sahaja tapi ia dapat menghilangkan rasa lapar saya selepas lebih dari 10 jam perjalanan. Saya juga hanya meminum air kosong sahaja untuk menghilangkan dahaga.
   Saya dan keluarga tiba di Lapangan Terbang Miri pada jam  8.30 pagfi. Keluarga saya pun menghantar saya ke dalam lapangan terbang dan mereka pun bersiap untuk balik ke Sundar, Lawas. Tapi, perkara yang tidak diingini terjadi iaitu kereta mak saya rosak daan pesawat yang saya perluy naiki pula terlewat jadi, saya pun berjumpa mereka semula kerana saya terlupa untuk memberi Borang Yayasan kepada ibu bapa saya.
   Pada jam 3 petang, kereta mak saya dapat dibaiki dan mereka pun pergilah ke Sundar. Pesawat saya yang dijadualkan berlepas pada jam 11.55 akibat terlewat tadi terpaksa ditunda lagi. Pihak MAS memberi kupon kepada semua penumpang termasuk saya sebagai tanda memohon maaf atas segala kesulitan. Saya pun makanlah bersama 200 penumpang yang lain di restoran Marry Brown yang terletak di dalam lapangan terbang itu. Selepas itu saya solat Zohor dan menunggu semula di balai berlepas.
   Sekitar jam 4 petang kami sudah dibenarkan masuk ke pesawat. Secara tiba-yiba kami semua disuruh menunggu semula kerana pesawat masih mengalami masalah teknikal. Pada jam 4.30 pihak MAS mengumumkan bahawa pesawat yang saya naiki, iaitu MH2591, yang djadualkan berlepas pada jam 11.55 pagi akan berlepas pada jam 8 malam atas maslah teknikal. Pihak MAS pun bagilah kupon dan pas singgah kepada semua penumpang. Saya pun makan lagi di Marry Brown.
   Pada 8 malam kami pun berlepas dari Miri dan tiba KLIA pada jam 10 malam. Pakcik saya mengambil saya dan menghantar saya ke rumahnya selepas itu.

No comments

Powered by Blogger.