8 Julai 2016, Jumaat-Hari ini saya bangun agak awal kerana ingin bersiap untuk mengikuti ayah saya solat Jumaat di masjid. Saya bangun hari ini pada jam 7 pagi kerana saya tidur balik selepas solat Subuh. Saya mandi sejurus selepas saya bangun kerana ibu saya ingin membasuh baju saya dan adik-beradik saya. Pagi ini saya bersarapan dengan nasi berlaukkan rendang daging. Ayah saya juga menyediakan pulut untuk saya dan adik-beradik saya kerana masih banyak pulut yang lebih.
Selepas itu, saya pakai Baju Melayu saya dan bersiap untuk pergi solat Jumaat. Kami pergi ke masjid dengan menaiki kereta. Kami sampai disana 5 minit sebelum azan jadi saya sempat untuk mengambil wuduk dengan tenang. Selepas khatib habis membaca khutbah saya pun bersedia untuk solat Jumaat. Solat Jumaat saya batal kerana saya lupa membaca Al-Fatihah jadi saya terpaksa solat Zohor di rumah atuk saya.
Pada waktu malam kami sambung menziarahi sanak-saudara di Sarikei.

No comments