Jurnal 14 julai

14 Julai 2016, Khamis- Hari ini saya bangun agak akhir sekali lagi kerana saya tidur semula selepas dikejutkan . Saya bangun semula pada jam6.55 pagi. Selepas bangun saya terus pergi ke bilik air dan mengambil wuduk untuk solat Subuh. Saya solat Subuh di bilik sahaja kerana yang lain sudah pun balik dari surau. Saya solat Subuh dengan agak tergesa-gesa kerana sudah hampir waktu Syuruk. Selepas itu saya mengambil alat mandian saya dan pergi ke bilik air untuk mandi. Selepas mandi saya memakai pakaian saya dan pergi ke dewan makan untuk bersarapan.
   Kelas hari ini agak membosankan pada waktu pagi hingga tengah hari. Walaupun begitu, saya dapat mengetahui ilmu matematik yang baru. Pada waktu petang pula saya menghadiri kelas Jepun yang amat menyeronokkan. Kami belajar sambil bermain dengan cikgu kami.
   Pada waktu malam, saya hanya menhadiri sesi prep seperti biasa. Ketika prep saya amat sibuk kerana cikgu telah memberi kami terlalu banyak tugasan. Jadi saya cuba menyiapkan tugasan kami dengan cepat.

No comments

Powered by Blogger.