15 Julai 2016, Jumaat- Hari ini saya sempat solat Subuh secara berjemaah kerana hari ini saya bangun agak awal iaitu pada jam 6 pagi. Selepas solat Subuh kami mambaca Al-Mathurat secara berjemaah. Selepas itu saya tidur sebentar di surau sehingga jam 7 pagi. Saya pergi bersarapan di dewan makan selepas itu. Selepas itu saya balik semula ke asrama. Saya masuk ke bilik saya dan mengambil alat mandian saya sebelum pergi mandi di bilik air. Selepas itu saya memakai baju sukan saya dan pergi ke dewan serbaguna untuk perhimpunan pagi.
   Hari ini sesi pembelajaran berjalan seperti biasa sahaja. Cikgu ada juga memberi kami beberapa tugasan yang perlu dihantar pada minggu hadapan. Saya berasa agak malas untuk menyiapkan tugasan itu kerana ia akan menyebabkan saya sibuk sepanjang cuti hari Sabtu dan Ahad.
   Pada waktu petang pula saya dan pelajar-pelajar muslim yang lain pergi ke Masjid UKM untuk menunaikan solat Jumaat. Kami pergi ke sana pada jam 12.45 tengah hari dengan menaiki bas. Selepas solat, Saya hanya masuk ke bilik dan berehat sehingga jam 6 petang. Selepas itu barulah saya pergi ke dewan makan dan mandi selepas itu.
   Pada waktu malam tidak banyak kejadian berlaku jadi saya akhiri jurnal minggu ini di sini sahaja.
 

No comments

Powered by Blogger.