29 Jun 2016, Rabu- Hari ini saya berpuasa seperti biasa sahaja dan tidak banyak perkara yang berlaku pada saya hari ini. Dari pagi hingga petang saya hanya melakukan rutin harian seperti biasa. Saya bersahur pada jam 4 pagi hari ini yang mana ia agak awal sebenarnya. Selepas itu saya pun masuk semula ke bilik dan menunggu waktu subuh tiba. Saya terlelap sebentar namun rakan saya sempat mengejutkan saya. Selepas itu saya pun pergi solat Subuh di dewan serbauna bersama dengan pelajar-pelajar lain.

   Ketika pembelajaran, semuanya berjalan seperti biasa dan tak banyak perkara yang saya belajar hari ini kerana pelajar dan cikgu agak penat berpuasa.

   Pada waktu petang saya pergi ke dewan makan pada pukul 7 petang sambil menanti waktu berbuka. Sebaik sahaja azan kedenga ran saya dan pelajar-pelajar yang lain pun berbuka. Kami menghabiskan juadah yang disediakan dalam masa yang agak sekejap kerana kami semua memang agak lapar. Selepas berbuka kami pun pergilah ke dewan serbaguna untuk solat Maghrib. Ketika waktu diantara solat Maghrib dan Isyak, kami mengadakan bebrapa program. Selepas itu kami solat Isyak dan tarawih secara berjemaah.

No comments

Powered by Blogger.