18 Julai 2016, Isnin- Hari ini saya bangun pada jam 6.30 pagi selepas dikejutkan oleh Arifudin. Selepas bangun saya terus pergi ke bilik mandi dan membasuh muka saya kerana saya masih mengantuk. Saya pergi ke surau bersama dengan peljar-pelajar yang lain untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Kami solat dalam lebih kurang 3 minit. Selepas solat kami semua membaca Al-Mathurat bersama-sama. Ada beberapa pelajar yang tertidur ketika membaca al-Mathurat kerana masih mengantuk. Saya juga hampir tertidur tapi saya telah dikejutkan oleh orang disebelah saya.
Selepas solat, saya tidur di surau sehingga jam 7 pagi. Selepas itu ada beberapa orang mengejutkan kami. Saya pun bersarapan selepas itu. Selepas bersarapan saya pergi semula ke asrama dan mandi.
   Ketika perhimpunan, cikgu telah memberitahu bahawa malam ini tiada prep dan petang ini ada ceramah. Selepas perhimpunan kelas berjalan seperti biasa. Pada waktu petang, tepat pada jam 3 petang kami semua diarahkan untuk pergi ke auditorium bagi menghadiri ceramah dari pihak Expii. Ceramah itu berlangsung selama 2 jam. Selepas tamat program, kami solat Asar di bilik masing-masing.
   Pada waktu malam kami diberi taklimat tentang cara untuk mengundi bagi pilihan raya esok. Selepas taklimat saya menjalani prewp seperti biasa.

No comments

Powered by Blogger.