19 Julai 2016, Selasa- Hari ini saya bangun pada jam 6 pagi. Saya pergi ke surau untuk solat Subuh sambil memakai jaket kerana cuaca agak sejuk pagi tadi. Ketika berjalan hendak ke surau, saya hampir terjatuh kerana kaki saya terketar-ketar secara tak menentu. Apabila saya sampai ke surau, saya pergi ke tandas sekejap untuk melakukan hal peribadi. Selepas itu barulah saya mengambil wuduk dan bersedia untuk solat. Solat Subuh dimulakan selepas semua orang sudah siap menunaikan solat sunat. Saya pun mulalah solat Subuh secara berjemaah. Selepas solat saya membaca Al-Mathurat seperti biasa. Saya berehat sebentar sebelum bersarapan pada jam 7 pagi. Selepas bersarapan, saya pun pergi ke asrama dan mandi. Saya mandi agak cepat kerana pada jam 8.10 pagi kelas saya dijadualkan untuk mengundi calon MTP bagi sesi 2016-2017.
Selepas pengundian selesai di dewan serbaguna, kelas pun berjalan seperti biasa. Semuanya berjalan dengan tenang dan aman.
Pada waktu malam seperti biasa saya menghadiri sesi prep dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh cikgu.

No comments