20 Julai 2016, Rabu- Hari ini saya bangun pada jam 6 pagi. Selepas dikejutkan oleh Arifudin saya cuba untuk tidur balik tapi selepas mendengar suara ustaz dan bunyi rotannya saya terus berasa gementar jadi,saya pun bergegaslah turun ke  surau tanpa disedari oleh ustaz. Saya menunggu agak lama di surau kerana ustaz masih belum sampai jadi sempatlah saya melelapkan diri sekejap di surau sementara menunggu ustaz tiba. Salah seorang rakan saya mengejutkan saya apabila ustaz tiba jadi, saya terus pergi ke tempat wudhuk dan mengambil air wudhuk. Selepas itu saya menunggui ustaz habis solat sunat sebelum memulakan solat Subuh.
Kami semua solat Subuh secara berjemaah dalam kira-kira 3 minit. Selepas itu kami membaca Al-Mathurat dan mambaca doa. Saya tinggal di surau sehingga jam 7 pagi sebelum bersarapan. Selepas sarapan saya masuk ke bilik, ambil alat mandian saya dan pergi mandi.
   Hari ini pembelajaran seperti biasa cuma kelas matematik tidak ada hari ini kerana cikgu tak datang.Jadi kami pun duduklah di kelas yang tidak digunakan pada masa itu. 
   Pada wakt malam ada khabar angin yang mengatakan bahawa ada rocall tapi sebenarnya tiada. Selepas sesi prep saya masuk ke bilik dan menyiapkan jurnal.

No comments

Powered by Blogger.