14 Julai 2016, Khamis- Hari ini saya bangun pada jam 6.55 pagi. Saya terus pergi ke bilik air dan mengambil wuduk untuk solat Subuh. Saya solat Subuh di bilik sahaja kerana pelajar-pelajar yang lain sudah balik dari surau. Selepas solat saya berehat sebentar sehingga jam 7.20 pagi. Selepas itu barulah saya mengambil tuala dan sabun saya dan pergi ke bilik air untuk mandi. Selepas mandi saya memakai baju kemeja sebelum pergi ke dewan makan untuk bersarapan. Saya sampai ke perhimpunan pagi tepat pada masanya kerana apabila saya tiba perhimpunan baru sahaja dimulakan.
   Pada sesi pembelajaran, semuanya berjalan dengan lancar. Saya mendapat banyak ilmu baru hari ini. Saya juga mendapat banyak kerja yang memenatkan. Ketika petang saya belajar bahasa Jepun di kelas Jepun bersama dengan rakan-rakan saya. Guru yang mengajar adalah sensei Maseirah.
   Pada waktu malam saya menhadiri sesi prep seperti biasa. Saya cuba menyiapkan kerja saya tapi saya mempunyai terlalu banyak kerja jadi saya terpaksa tidur lewat malam ini.

No comments

Powered by Blogger.