Latihan Kuliah 7

1. Andaikan anda seorang pengulas sukan. Buat satu ulasan selari dalam satu pertandingan sukan dengan  menggunakan laras sukan yang sesuai. Persembahkan ulasan selari tersebut dengan intonasi yang betul.

Nampaknya pada separuh masa pertama, Perak mendahului Terengganu dengan 1-0 . Kini separuh masa kedua telah bermula dan nampaknya kedua-dua pasukan masih cuba mencari ruang untuk menambahkan jaringan. Pasukan Terengganu mendapat satu lagi sepakan sudut dan oh masih belum mampu membolosi gawang gol pasukan Perak. Pasukan Terengganu tetap tidak berputus asa dan terus menyerang gawang gol Perak. Beberapa hantaran cantik dibuat oleh pemain Terengganu. Manakalan pihak Perak pula kekal tenang mempertahankan kubu mereka. Nampaknya pasukan Terengganu  membuat satu pertukaran pemain selepas satu perebutan bola sebentar tadi. Sekarang pasukan Perak pula yang melakukan serangan. Itu dia Elias Fernandes melepasi pertahanan pasukan Terengganu. Dia menendang dan gol!!! Gol kedua bagi psukan Perak. Nampaknya pasukan Perak telah menjaringkan satu lagi gol yang menambah jurang bagi pasukan Terengganu dan Perak. Pasukan Terenggganu sekali lagi membuat pertukaran pemain dalam 10 minit terakhir. Mereka terus menyerang dan itu dia wisel penamat yang menjanjikan kemenangan bagi pasukan Perak pada malam ini dengan keputusan 2-0 menentang Terengganu. Kita kembali ke studio...

2.Huraikan ciri-ciri penulisan laras bahasa iklan. Sertakan beberapa contoh iklan yang
menggunakan laras bahasa iklan yang menarik. 
 
Ciri-ciri penulisan laras bahasa iklan :
  • Mempunyai slogan
=Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan sesuatu pertubuhan atau syarikat pengeluaran barangan.Slogan dicipta sebagai trademark sesuatu barangan. Contohnya seperti iklan produk keluaran D'Herbs yang menggunakan slogan 'D'Herbs terlajak laris'.
  •  Kaedah pernyataan 
= Iklan yang secara langsung menyatakan tujuan pengiklanan. Antara contoh iklan sebegini adalah seperti iklan kereta dan sebagainya.
  • Ada Kaitan Konsep
=
Yang dimaksudkan dengan kaitan konsep ialah dengan mengaitkansesebuah produk dengan sesuatu atau individu yang terkenal atau yang mempunyai nilai komersial, seperti dengan mengaitkan seseorang artis atau penyanyi dengan sesuatu produk barangan. Sebagai contoh, sebuah syarikat pembekal akses internet, TM Net prabayar telah mengaitkan perniagaannya dengan melantik penyanyi terkenal Malaysia, Siti Nurhaliza sebagai duta TM Net.
  •   Umpanan
=
Umpanan bermaksud merancang strategik untuk menarik atau memperdayakan pelanggan. Contoh laras iklan yang berbentuk umpanan ini adalah seperti yang berbunyi 'Beli Satu, Percuma Satu' iaitu iklan berkenaan dengan peraduan minuman Vitagen dan Marigold yang menawarkan hadiah SATU SET RUANG TAMU YANG LENGKAP, dengan syarat mengumpulkan seberapa banyak mungkin bukti pembelian minuman berkenaan. 
  • Pesanan (Menyertakan Borang)
=Terdapat juga iklan yang menyediakan kemudahan pesanan barangan dengan menyediakan borang pesanan. Misalnya, iklan pesanan Cakera Padat (CD) Al-Qur'an Interaktif yang menyediakan borang pesanan. Dalam borang itu mengehendaki pembaca mengisikan butir-butir peribadi, seperti nama penuh, umur, jantina, bangsa, alamat, nombor telefon dan sebagainya.
  • Bandingan
=Iklan yang berbentuk sebegini dibuat dengan cara membandingkan sesuatu barangan dengan barangan lain. Umpamanya akan dinyatakan serbuk pencuci Dynamo lebih berkuasa daripada serbuk pencuci berjenama X.
  • Gesaan
=Laras iklan sebegini menggesa pengguna atau pembaca untuk mengambil perhatian perkara atau barangan yang diiklankan.Contohnya, dalam iklan makanan segera ala barat Mc Donald di atas ada menyatakan dengan klausa "Cubalah Nasi Ayam McD hari ini "
  • Pertanyaan 
=Penggunaan tanda tanya "?" dapat menguatkan hujah / laras iklan. Erti kata lain ia seolah-olah memaksa pengguna menyahut cabaran iklan berkenaan. Contohnya seperti iklan Dynamo.

3.Senaraikan 10 contoh istilah yang digunakan dalam laras yang berikut:
a)laras bahasa metematik
  1. Tambah                                     6.Pecahan
  2. Tolak                                          7.Minit
  3. Bahagi                                      8.Kilogram
  4. Darab                                        9.Saat
  5. Perpuluhan                              10.Liter
    b)laras bahasa sains
  1. Atom                                          6.Organ
  2. Hydrogen                                  7.Geseran
  3. Partikel                                      8.Pecutan
  4. Molekul                                      9.Daya
  5. Inertia                                       10.Virus
    c)laras bahasa agama
  1. Halal                                           6.Solat
  2. Haram                                        7.Wajib
  3. Pahala                                       8.Puasa
  4. Dosa                                          9.Sabar
  5. Sunat                                        10.Sah
    d)laras bahasa sastera
  1. Imbas kembali                           6.Dialog
  2.  Hiperbola                                  7.Klimaks
  3. Imbas muka                               8.Personifikasi
  4. Watak utama                             9.Analogi
  5. Watak sampingan                   10.Tema
    e)laras bahasa seni
  1. Warna                                         6.Garisan
  2. Kontra                                         7.Bentuk
  3. Harmoni                                      8.Lukisan
  4. Corak                                          9.Ruang
  5. Arca                                           10.Jalinan

No comments

Powered by Blogger.