Latihan Kuliah Minggu 8

1. Secara berpasangan, bincangkan format, ciri dan laras bahasa yang digunakan ; 
  • Surat kiriman rasmi
Format
  1. Alamat pengirim diletakkan di sudut atas sebelah kiri surat.
  2. Garis panjang melintang diletakkan dibawah alamat pengirim.
  3. Nama dan alamat penerima diletakkan di bawah garisan itu. 
  4. Tarikh ditulis pada bahagian kanan barisan akhir alamat penerima.
  5. Bulannya mesti ditulis dalam huruf besar dan hujungnya diletakkan noktah.
Ciri-ciri
Haruslah formal dan untuk kepentingan umum.

Laras bahasa
Haruslah baku dan menggunakan ejaan dan tanda baca yang tepat.

  • Taklimat
Format
  1. Dimulai dengan kata-kata aluan dan kata-kata penghormatan kepada orang-orang terhormat.
  2. Ditulis dalam perenggan.
  3. Mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.
Ciri-ciri
  1. Formal ketika bercakap.
  2. Menggunakan intonasi yang tegas dan berbentuk penjelasan
Laras bahasa
  1. Jelas dan tepat.
  • Laporan
Format
  1. Tajuk laporan ditulis di tengah-tengah.
  2. Huruf pertama setiap perkataan ditulis dalam huruf besar dan digaris tajuknya.
  3. Didahului dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup yang ditulis dalam perenggan.
  4. Pengakuan pelapor ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.
  5. Nama pelapor ditulis di bawah tanda tangan pelapor dalam huruf besar beserta kurungan dan maklumat-maklumat lain dibawahnya.
  6. Tarikh ditulis di sebelah kanan sebaris dengan pengakuan pelapor dan bulan ditulis dalam huruf besar.
Ciri-ciri
  1. Formal dan tidak tersirat .
  2. Mempunyai maklumat yang jelas.
  3. Ditulis dalam perenggan dan selalunya diakhiri dengan harapan.
Laras bahasa
Harus jelas dan mudah difahami.
  • Minit mesyuarat 
Format
  1. Tajuk ditulis dalam huruf besar dan diletak di tengah-tengah.
  2. Mengandungi nama sekolah/persatuan/syarikat dan diikuti dengan tajuk.
  3. Kemudian tarikh, hari, masa dan tempat ditulis di bawah.
  4. Kehadiran ditulis dalam bentuk senarai dan turut hadir juga ditulis dalam bentuk senarai untuk orang-orang terhormat dan undangan khas.
  5. Senarai tetamu yang tidak hadir juga ditulis beserta alasan atau sebab.
  6. Kemudian menulis agenda-agenda seperti kata-kata aluan, meluluskan minit mesyuarat yang lalu, perkara-perkara berbangkit, ganjaran istimewa dan hal-hal lain.
  7. Kemudian diteruskan dengan penutup yang terdiri dengan penangguhan dan nama serta jawatan penyedia minit mesyuarat serta nama dan jawatan orang yang akan mengesahkan minit mesyuarat.
Ciri-ciri
  1. Satu rekod yang ditulis tentang perkara-perkara yang dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat.
Laras bahasa
  1. Ringkas, tepat dan padat.
  • Berita
 Format
  1. Nama tempat kejadian ditulis dalam huruf besar.
  2. Kemudian diikuti dengan koma, tarikh kejadian ditulis selepas nama tempat kejadian.
  3. Seterusnya tanda sempang dan diteruskan dengan isi berita.
Ciri-ciri
  1. Kejadian yang benar dan bukan direka-reka.
Laras bahasa
  1. Mudah difahami,tepat dan jelas.

No comments

Powered by Blogger.