21 Julai 2016, Khamis- Hari ini saya bangun pada jam 6.30 pagi selepas dikejutkan oleh Ariffudin. Selepas itu saya mengejutkan rakan sebilik saya kerana dia masih tidur walaupun sudah dikejutkan oleh Ariffudin. Sejurus bangun, saya terus pergi ke surau. Pagi ini keadaan amat gelap dan sejuk. Tidak ramai yang pergi ke surau mungkin kerana cuaca yang agak sejuk. Saya sampai ke surau agak awal kerana masih belum ramai yang ada di surau. Malah azan pun belum dilaungkan. Jadi saya pun mengambil wuduk dan beriktikaf di surau. Saya terlelap sekejap sebelum ada orang yang mengejutkan saya. Sauya solat Subuh secara berjemaah di surau.
Saya menunggu pihak dewan makan menyediakan makanan untuk sarapan di surau sehingga jam 7 pagi. Saya bersarapan dengan cepat kerana saya masih belum mandi lagi. Saya mandi dan bersiap untuk ke perhimpunan dengan cepat.
Pembelajaran hari ini agak sekejap dan saya mendapat banyak ilmu yang baru. Pada wakyu malam saya menghadiri sesi prep seperti biasa dan menyiapkan kerja sekolah saya sehingga siap.

No comments