22 Julai 2016, Jumaat- Hari ini saya bangun pada jam 6.45 pagi jadi, saya pun solat Subuh di bilik sahaja kerana saya agak penat. Selepas it saya terus pergi sarapn. Saya mandi selepas itu. Disebabkan hari ini merupakan sambutan Hari Raya Sekolah jadi saya pun memakai baju raya saya yang baru dibeli sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Baju itu berwarna hijau muda yang memang cantik.
Saya memakainya dengan penuh rasa kesyukuran. Kebetulan kawan saya juga memakai baju yang hampir sama dengan saya jadi, ada yang kata kami berdua macam adik beradik. Kawan yang saya maksudkan adalah Hafiz Haziq. Kami pergi ke depan auditorium bersama-sama. Kami datang agak awal jadi kami berdua pun memantu menyiapkan segala persediaan yang perlu untuk majlis yang akan diadakan sebentar lagi. Kami membantu mengutip sampah, meniup belon dan bermacam lagi. Majlis dimulakan pada pukul10 pagi. Banyak makanan yang sedap dihidangkan. Kami berasa sangat kenyang. Selepas itu kami mengambil gambar sebelum pergi solat Jumaat. Balik dari solat Jumaat saya mendapati yang kek saya sudah pun hilang tapi saya taklah kisah sangat tentang itu.
Pada waktu petang saya hanya berehat dan pad waktu malam kami hanya berehat di bilik masing-masing.

No comments