25 Julai 2016, Isnin -Hari ini saya bangun pada jam 5.55 minit pagi selepas dikejutkan oleh Ariffudin. Selepas itu saya kejutkan rakan sebilik saya kerana dia tidak mahu turun untuk solat di surau dan dia juga agak mengantuk ketika itu. Saya mengejutkan dia sehinggalah dia bangun. Selepas itu barulah saya pergi ke tandas dan membasuh muka sebelum bergerak ke surau. Dalam perjalanan ke surau, saya tidak dapat melihat kelibat kawan-kawan saya jadi saya pun terfikir yang mereka mungkin masih tidur kerana semalam kami semua tidur agak akhir sebenarnya. Saya pun berjalan lah seorang diri ke surau. Di surau saya nampak ramai pelajar tertidur kerana terlalu mengantuk. Rupa-rupanya kawan saya sudah pun sampai ke surau lebih awal dari saya. Saya terus ke kawasan mengambil wudhuk untuk mengambil wudhuk sebelum solat Subuh. Seleps itu saya solat sunat sebelum menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Selepas solat kami membaca al-Mathurat sebelum bersarapan di dewan makan. Saya hampir terjatuhkan makanan saya kerana saya agak mengantuk ketika itu.
   Selepas makan saya naik ke bilik dan mengejutkan semula rakan sebilik saya yang tidur semula selepas soalt Subuh. Kemudian barulah saya mandi dan bersiap untuk ke sekolah. Pagi ini ada prhimpunan mingguan dan ketika perhimpunan pihak atasan ada memberitahu kami bahawa esok ada International Future Scientists Conference dan semua pelajar terlibat. Saya rasa IFSC tu mungkin sama macam Science Fair jadi saya agak teruja untuk pergi esok.
   Pada waktu petang kami ada perjumpaan dengan guru Research kami kerana beliau ingin memberikan tugasan untuk kami sempena IFSC. Saya berasa amat malas untuk membuat ytugasan itu tapi saya terpaksa juga buat untuk markah. Petang tadi juga saya dapat melihat ramai pelajar level2 yang sedang membuat persiapan untuk esok.
   Pada waktu malam saya tidak tahu nak buat apa jadi saya pun tidur awal.

No comments

Powered by Blogger.