1 Ogos 2016, Isnin.-Hari ini saya bangun pada jam 6.30 pagi seperti biasa. Saya bangun selepas dikejutkan oleh Ariffudin. Dia setiap hari mengejutkan saya kerana dia tahu yang saya susah untuk bangun Subuh. Jadi setiap harilah dia akan datang ke bilik saya dan mengejutkan saya. Selepas bangun saya terus pergi ke bilik mandi dan mencuci muka sebelum saya bergerak ke surau. Saya pergi ke surau apabila ustaz mula menghampiri bilik saya kerana saya tahu jika saya tidak bergerak ke surau saya mungkin akan dirotan. Jadi saya pun bergegas ke surau untuk solat Subuh secara berjemaah. Disebbkan saya sampai agak awal jadi saya pun solat sunat terlebih dahulu. Kami semua mula solat Subuh selepas ustaz sampai ke surau. Kami membaca Al-Mathurat selepas solat. Saya tidur sebentar di surau sebelum bersarapan di dewan makan. Sarapan pada hari ini ialah kuey tiau.
Saya makan dengan cepat kerana hari sudah semakin cerah dan saya perlu pergi ke perhimpunan sebelum 7.45 pagi. Saya mandi dan pakai baju sekolah saya sebelum pergi ke dewan perhimpunan dengan pantas. Ketika perhimpunan ada penyampaian hadiah berlangsung jadi kami agak lama di dewan serbaguna itu.
Selepas itu barulah saya dan pelajar-pelajar lain pergi ke kelas pembelajaran untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Hari ini tidak banyak yang saya belajar kerana hari ini pembelajaran agak biasa sebenarnya.
Pada waktu malam saya bercadang untuk melakukan kerja ketika prep tapi rupa-rupanya malam ini ada manifesto untuk jawatankuasa Exco. Manifesto itu agak lama dan membosankan sehingga saya hampir tertidur. Nasib baik saya dapat bertahan sehingga ia tamat. Manifesto itu tamat pada jam 9.30 jadi saya tidak pergi ke kelas prep kerana tiada orang pergi ke kelas prep. Jadi saya pun balik ke bilik dan meletak beg sebelum pergi ke surau untuk solat Isyak secara berjemaah. Selepas itu saya tidur di bilik saya selepas menolong rakan saya yang terpaksa bertukar bilik.

No comments