ISU AIR DI SELANGOR

  Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang berbahagia, Encik Mior Muhammad Saiful Nizan Bin Mohd Saali, Yang dikasihi rakan-rakan saya sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, salam sehati sejiwa. Rakan-rakan sekalian, berdirinya saya di hadapan kalian untuk membincangkan tentang satu tajuk yang agak menarik. Tajuk yang ingin saya bincangkan bersama kalian pada hari ini adalah isu masalah air di Selangor pada tempoh hari dan cara untuk kita mengharunginya serta menanganinya.

  Sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya ingin menyatakan bagaimana masalah air ini terjadi di negara ini. Masalah ini sering berlaku apabila paras tekanan air menurun. Ini kebiasaannya berlaku pada musim-musim tertentu. Kebiasaannya isu ini berlaku di kawasan yang sama setiap tahun seperti di kawasan Selangor dan beberapa tempat lain di Malaysia. Apabila ini berlaku dalam tempoh yang lama, sudah tentu catuan akan dilakukan di kawasan yang terjejas. Namun begitu, tidak semua kawasan yang terjejas akan mendapat khidmat catuan. Kawasan yang tepencil ataupun kampung jarang sekali mendapat catuan dari pihak kerajaan kerana tidak semua kampung mempunyai sistem jalan yang baik yang membolehkan jentera-jentera berat kerajaan untuk pergi ke kawasan-kawasan terpencil itu.

Rakan-rakan sekalian,

   Air merupakan satu sumber yang amat penting bagi kita. Jika ia tiada, keadaan amatlah sukar bagi kita. Jadi kita perlulah menghargai air sementara ia masih ada dan cuba menggunanya dengan cermat. Malah bukan sahaja kita yang memerlukan air. Makhluk lain juga memerlukan air untuk hidup jadi kita sebagai makhluk yang memounyai iq yang tinggi perlulah membantu satu sama lain dan dengan makhluk lain.

   Saya telah menceritakan tentang bagaimana isu ini terjadi. Sekarang saya ingin memberikan pula cara-cara untuk menangani isu ini. Pertama sekali, kita perlu menjimatkan penggunaan air. Saya telah menceritakan sedikit tentang perkara ini pada awal ucapan saya. Kita boleh menjimatkan air dengan menutup pili air ketika tidak digunakan. Kita juga boleh menjimatkan air dengan menggunakan air dalam kuantiti yang sedikit sahaja dan tidak terlalu banyak. Namun jangan pula terlalu sedikit kerana jika terlalu sedikit untuk mandi pun tidak boleh.

   Cara kedua pula adalah dengan membuat stok simpanan air sebelum tibanya musim kemarau. Di dalam pepatah Melayu ada mengatakan 'Sediakan payung sebelum hujan' yang bermaksud sentiasa membuat persediaan sebelum sesuatu perkara itu berlaku. Simpanan ini boleh diguna ketika tibanya musim kemarau dan bekalan air sudah terputus. Dengan cara ini kita tidak perlu lagi beratur untuk mengambil air catuan.

   Cara yang ketiga pula adalah dengan menjaga kebersihan air bersih di negara kita. Air yang tercemar boleh menyebabkan ramai orang jatuh sakit. Oleh itu, kita haruslah membantu kerajaan dengan tidak membuang sampah ke dalam sungai dan membuat laporan kepada pihak bertanggungjawab jika ada apa-apa kejadian yang boleh menyebabkan sumber air kita tercemar.

   Akhir kata, jagalah dan gunalah air dengan cermat sementara ia masih ada. Jagalah ia agar ia dapat digunaakan untuk generasi akan datang. Fikirkan masa depan generasi yang akan datang. Tidakkah mereka mahu kehidupan yang selesa seperti yang kita ada sekarang ini? Dengan ini saya sudahi ucapan saya dengan sekian, wabilahi taufiq wal hidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments

Powered by Blogger.