26 Julai, Selasa- Hari ini saya bangun pada jam 6 pagi selepas dikejutkan oleh Ariffudin. Ketika saya bangun saya dapat melihat yang rakan sebilik saya masih lagi tidur dengan lena di katilnya. Jadi saya pun kejutkan dia untuk solat Subuh. Dia bangun dari katilnya dan pergi ke bilik air dan membasuh muka. Selepas dia selesai barulah saya mengikutnya ke surau untuk solat Subuh secara berjemaah. Selepas solat saya tidur sebentar di surau sebelum bersarapan. Pagi ini cikgu tak ada kerana terlibat dengan IFSC jadi saya berasarapan agak lambat dan bersenang-lenang. Kemudian saya pergi ke asrama dan mandi serta bersiap untuk pergi ke kelas. Disebabka cikgu tidak ada jadi, pagi ini saya pergi ke makmal komputer sahaja untuk menyiapkan kerja saya. Saya di sana sehingga jam 12.30 tengah hari. Selepas itu barulah saya pergi ke dewan makan untuk makan tengah hari.

   Pada waktu petang saya dan pelajar lain disuruh untuk pergi ke auditorium pada pukul 2 petang untuk acara pembukaan IFSC. Ketika pembukaan, majlis berlangsung dengan lancar dan meriah.
Majlis diakhiri dengan upacara bergambar.

   Pada waktu malam tiada prep kerana esok ada program IFSC jadi saya pun duduk sahaja di bilik seperti  biasa.


No comments

Powered by Blogger.