27 Julai 2016, Rabu- Hari ini saya bangun pada jam 5.45 pagi yang mana agak awal kerana saya tidur agak awal semalam kerana tiada prep semalam.  Selepas bangun saya mengejutkan rakan sebilik saya yang tidur semula walaupun sudah dikejutkan oleh Ariffudin. Selepas dia bangun  barulah saya pergi ke tandas dan membasuh muka sebelum pergi ke surau untuk solat Subuh berjemaah. Ketika itu surau agak gelap kerana tiada siapa yang datang ke surau ketika itu. Saya pun masuk ke surau dan membuka lampu. Saya mengambil wudhuk dan menunggu waktu Subuh sebelum tertidur di surau. Saya bangun balik selepas mendengar laungan azan. Saya pun solat sunat selepas itu. Saya solat Subuh secara berjemaah selepas pelajar-pelajar yang lain sudah berada di surau. Selepas solat kami membaca Al-Mathurat bersama-sama sebelum bersarapan di dewan makan. Kami makan agak cepat kerana ingin memberi ruang kepada peserta-peserta IFSC untuk bersarapan. Saya naik semula ke bilik selepas itu. Saya mandi dan bersiap dengan cepat sebelum pergi ke kawasan pameran IFSC pada 8 pagi untuk melakukan kerja penyelidikan.

   Pada jam 10 pagi, ketika saya sedang asyik memilih poster untuk kerja penyelidikan saya tiba-tiba, rakan saya memberitahu saya bahawa Cikgu Mior memberi tugasan Bahasa Melayu untuk IFSC. Saya pun bergegas membuka aplikasi Whatsapp di telefon pintar saya untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tugasan itu. Rupa-rupanya cikgu Mior hanya menyuruh kami semua membuat satu laporan berkaitan program itu. Saya pun pergi ke setiap kawasan pameran dan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat yang saya boleh sehingga petang.

  Saya solat Asar dan masuk ke bilik untuk berehat. Pada waktu malam semuanya berjalan seperti biasa dan tiada prep.

No comments

Powered by Blogger.