28 Julai 2016, Khamis- Hari ini saya bangun pada jam 6 pagi selepas dikejutkan oleh Ariffudin. Saya bangun dan cuba mengejutkan rakan sebilik saya yang sedang tidur untuk pergi ke surau dan solat Subuh secara berjemaah. Dia menyuruh sdaya ke surau terlebih dahulu jadi say pun pergi meninggalkan dia di bilik seorang diri. Saya berjalan ke surau dalam keadaan yang agak menggeletar kerana cuaca pada ketika itu amat sejuk. Di surau saya melihat ramai orang tertidur kerana agak letih. Saya juga dapat melihat dua orang pelajar dari sekolah lain yang datang ke sekolah ini untuk program IFSC. Saya masuk ke ruang berwudhuk dan mengambil wudhuk untuk solat Subuh. Selepas itu saya solat Subuh secara berjemaah. Selepas itu kami semua membaca Al-Mathurat bersama-sama sebelum bersarapan di dewan makan.
Hari ini merupakan hari ketiga dan terakhir bagi program IFSC 2016. Hari ini juga merupakan peluang terakhir bagi saya dan pelajar lain untuk menyiapkan tugasan kami sempena program IFSC. Selepas bersarapan saya bergegas pergi ke asrama dan bersiap untuk ke auditorium kerana pada pagi ini kami ada bengkel penyelidikan. Saya pun bawa semua alat yang saya perlukan untuk program itu. Saya sampai agak awal jadi saya sempat pergi ke tempat pameran dan mencatat semua maklumat-maklumat yang penting. Sepatutnya program bermula pada jam 8 pagi tapi disebabkan kelewatan pelajar, program terpaksa dimulakan pada jam 8.30 pagi. Bengkel itu dijadualkan tamat pada jam 10 pagi tapi disambung sehingga jam 11.30 pagi. Perkara itu amat tidak disenangi oleh pelajar kerana kami tidak sempat untuk minum pagi. Selepas bengkel tamat, acara diteruskan dengan penutupan program IFSC 2016. Penutupan dimulakan dengan ucapan oleh pengarah Pusat PERMATApintar Negara. Selepas itu ia diteruskan dengan persembahan yang cukup mengagumkan daripada para pelajar PERMATApintar. Majlis penutup diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sesi fotografi. Selepas itu semua pelajar dari sekolah lain mula pulang ke sekolah masing-masing.
Pada waktu malam kami prep seperti biasa sahaja.

No comments