SOALAN TIGA
a) Dingin
a) Dingin
- Cuaca pada pagi ini amat dingin sehingga membuatkan saya terketar-ketar ketika hendak berjalan ke surau.
- Lawak dingin yang dibuatnya itu langsung tidak dapat menarik perhatian orang lain.
Diam
- "Diam, kalau tidak saya akan tembak kamu semua!", kata perompak itu.
- Aminah diam sahaja apabila ditanya oleh saya mengenai kejadian itu.
Haus
- Saya berasa amat haus ketika berjalan di padang pasir yang panas itu.
- Bunga di tayar kereta ini sudah haus kerana sudah lama digunakan.
b) 1. Kumpulan penari Warisan Negeri Johor itu menarikan tarian zapin dengan lemah gemalai mengikut alunan rentak dan iramanya.
2. Pengadil perlawanan bola sepak itu memberikan kad kuning kepada seorang pemain kerana mengasari lawan.
3. Syakirah membeli dua kilogram langsat di sebuah gerai dalam perjalanannya pulang ke Muar.
c) 1. Syazwan menghadiahi ibunya seutas jam tangan kerana ingin meraikan ibunya yang baru sahaja dinaikkan pangkat.
2. Proses pengetinan nanas yang dijalankan di kilang itu menggunakan teknologi tinggi dari Jepun.
3. Kakak selalu menggunakan losen pelembab muka sebelum tidur.
d) 1.Murid-murid di sekolah itu saling membantu menjayakan projek Taman Herba di kawasan lapang di belakang sekolah.
2. Senarai peserta yang akan menyertai ekspedisi itu telah diserahkan kepada pengetua untuk diluluskan.
3. Orang yang rajin berusaha kebanyakannya ialah orang yang tidak mengenal erti kecewa dan putus asa untuk mencapai segala impiannya.
No comments