KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN

1. Pengusaha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi
sesuka hati kepada pemborong ayam.
2. Pembinaan jambatan di kampung itu tergendala selama beberapa bulan kerana masalah bekalan
simen.
3. Junainah hanya berdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu
membesar-besarkan cerita yang dianggap remeh itu.
4. Perompak yang sangat bahaya itu berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh
pihak polis.
5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum yang
dijalankan.
6. Walau pun telah lama berada di luar negara, sikap Daud yang keanak-anakan masih tidak
berubah.
7. Satu laporan lengkap tentang kejadian kemalangan yang melibatkan bas ekspres itu diserahkan
kepada Menteri Pengangkutan.
8. Kosmetik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualannya di negara ini.
9. Kedudukan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburui oleh adik-beradiknya.
10. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam perdebatan itu kerana pihak
pencadang gagal mengemukakan definisi tajuk perbahasan dengan tepat.
11. Beraneka jenis barang dijual di kedai yang terletak di hujung jalan itu dan harga yang
ditawarkan berpatutan juga.
12. Pelancong asing yang datang ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahan
tarian asli yang dipertontonkan.
13. Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan supaya
menyertakan semua salinan sijil yang telah disahkan oleh pihak sekolah.
14. Kehabisan petrol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat menamatkan
perlumbaan kerana kesuntukkan masa.
15. Peninju yang berbadan gempal itu berjaya menumbangkan pencabarnya pada pusingan yang
kelima.
16. Oleh sebab dia menghadapi masalah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang
diberikan oleh pegawai harta tanah itu.
17. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradisional kerana mereka
menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik.
18. Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak
dengan gejala gengsterisme.
19. Lepasan sekolah teknik dan vokasional akan diberi peluang bagi menceburkan diri dalam
bidang perniagaan dan industri kecil.
20. Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamerkan permainan
yang menarik dan penuh semangat kesukanan.
21. Kanak-kanak itu bertepuk tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena
menyambut kemerdekaan tanah air selesai.
22. Selepas upacara perasmian dewan, pegawai daerah itu dibawa melawat ke bilik seminar.
23. Pendidikan prasekolah diperkenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6
tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.
24. Atlet yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya memenangi
pingat dalam acara yang disertai.
25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya terutama
pada waktu puncak.
26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal diadakan berikutan kematian ahli parlimennya
pada awal minggu lepas.
27. Kami singgah di Restoran Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masakan tradisional
Melayu pada minggu yang lalu.
28. Lima orang lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pihak
polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.
29. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibatkan
diri dalam lapangan perniagaan.
30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besaran di
sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan
pembakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.
32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasakan undang-undang dari semasa ke semasa
untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.
33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga maruah keluarga dengan menghindarkan diri
daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.
34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong-royong untuk melebarkan jalan kerana
bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.
35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah diadakan sempena hari keputeraan
baginda yang ke-52 tahun.
36. Mereka kesali sikap pihak kontraktor yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan
tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butiran perjanjian.
37. Untuk memastikan komputer sentiasa selamat sama ada daripada serangan virus atau
daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.
38. “Saya mempunyai kakitangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk
perkhidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.
39. Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihati rakyat supaya
sentiasa bersatu-padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.
40. Untuk membanteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah
memperbesar pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya.
41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan
termasuk acara boria yang akan dipersembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.
42. Semua agensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalankan kajian bagi mencari punca
sebenar yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.
43. Kerajaan menggubal satu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan
mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan
lebih efisien..
44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesen bas ekspres telah diperkenalkan
bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita.
45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita
dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesakan kita sehingga
dewasa.
46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa pelaksanaan dasar bahasa inggeris dalam
matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang
timbul.
47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000 tahun
di pinggir sungai itu telah merebak ke seluruhnegara.

No comments

Powered by Blogger.