LATIHAN CAKAP AJUK DAN PINDAH
1. Salleh bertanyakan Ani tentang rancangannya. Pada awalnya, Ani tidak tahu rancangan apakah yang dimaksudkan oleh Salleh itu. Lalu, Salleh pun memberitahu bahawa rancangan yang dimaksudkannya itu adalah rancangan Ani untuk mendaki gunung yang dia katakan kepada Salleh pada tempoh hari. Setelah mengetahui rancangan apa yang dimaksudkannya itu, Ani pun memberitahu Salleh bahawa rancangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Sabtu depan. Mendengar jawapan Ani itu, Salleh terus menyokong Ani untuk meneruskan rancangan itu manakala Ani pula tersenyum puas apabila mendengar kata-kata rakan karibnya itu.
2. Ani berkata kepada Tuk Yahya bahawa dia sudah tidak mempunyai sesiapa lagi dan dia kini berseorangan. Lalu Tuk Yahya pun membalas bahawa Ani tidak boleh tinggal di tempat itu kerana tempat itu agak bahaya sambil meneliti mata Ani. Ani pun terus merengek dan Tuk Yahya terus memujuk Ani. Ani berkata dia tidak mahu tinggal di rumah kerana takut rumahnya dibom lagi dan kali ini tanpa datuknya disisi. Ani terus merengek mengatakan yang dia keseorangan. Tuk Yahaya memujuk Ani yang di tidak keseorangan kerana Tuk Yahya dan comot sentiasa ada bersama Ani.
3. Nizam bertanya kepada Salim mengapa dia kelihatan muram sahaja. Lalu salim pun menjawab persoalan tersebut dengan nada yang sayu bahawa pada pagi itu, Cikgu Khairul ada bertanyakan kepadanya tentang yuran peperiksaannya yang masih belum dibayar. Lalu, Nizam pun berasa hairan kerana Salim mendapat biasasiwa dan mengapakah dia tidak menggunakan wang itu untuk membayar yuran-yuran itu. Salim menjawab yang duit-duit itu dia gunakan untuk menanggung kos rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Nizam pun mencadangkan Salim untuk memberitahu Cikgu Khairul perkara yang sebenar tetapi Salim agak takut untuk pergi berjumpa Cikgu KHairul kerana beliau agak garang.
4. Mawi memuji kesedapan mi yang dimakannya lalu bertanyakan nama mi itu kepada Felix. Felix menjawab yang nama mi itu adalah Mi Pedas. Tidak puas dengan jawapan itu, Mawi bertanya sekali lagi tentang nama mi itu. Felix pun memeberitahu yang Dolah berkata kepadanya yang nama mi itu adalah Mi Pedas. Selepas itu barulah Mawi tahu tujuan Felix masuk ke kedai itu adalah semata-mata untuk makam Mi Pedas. Felix mengakui apa yang Mawi katakan dan dia berkata inilah makanan yang ingin dia belanja untuk Mawi satu masa dahulu.
5. Norhayati bertanyakan kepada Norasyikin mengapa dia tidak datang ke sekolah semalam dan Norasyikin pun menjawab yang dia ada hal di rumahnya yang perlu diselesaikan. Norhayati bertanyakan apa hal yang perlu diselesaikan itu kepada Norasyikin. Norasyikin pun menjawab yang ibu dia sedang sakit di rumah.
6. Kamariah: Aziz, Samad di Malaysia ini banyak betulkan tempat untuk kita kunjungi.
Samad : Betul tu. Saya sokong apa yang kau cakap tu. Di Malaysia ni kan banyak pantai-pantai yang bersih, cantik dan juga hutan-hutan yang indah.
Aziz : Betul tu. Tapi aku masih hairanlah, kenapa masih ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Kamariah : Saya setuju dengan apa yang kau cakap tu.
Samad : Saya rasakan, ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri.
Aziz : Saya pun rasa macam tu juga.
Kamariah :Saya mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka.
Samad :Di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri mereka.
Aziz & : Betul tu.
Kamariah
7. Mak Limah: Abang, abang nak pergi mana tu? Tergesa-gesa je nampak.
Pak Usop : Abang nak pergi berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah: Makanlah nasi dulu, nanti lapar pula.
Pak Usop : Abang sebenarnya nak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah: Boleh je, tapi lepas ni kena cari kerja lain dulu.
Pak Usop : Lepas ni, abang nak pergi buat pinjaman dengan MARA untuk beli bas sendiri. Abang nak jadi pemandu bas persendirian.

No comments