LATIHAN TATABAHASA DAN ISTILAH

  1. "Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?" tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan di hotel tersebut.
  2.  Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan goreng pisang yang dibuatnya.
  3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi. 
  4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan menghilangkan wang syarikat tersebut. 
  5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjelajah ke seluruh negeri Melaka yang dianjurkan oleh syarikat itu
  6. Beribu-ribu ayam ternakan dihapuskan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu. 
  7.  Semua mangsa tsunami kami pindahkan ke pusat petempatan sementara sebaik menerima arahan daripada pihak berkuasa.
  8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kualiti.
  9. Setelah meneliti semua syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menandatangani surat perjanjian tersebut
  10. Buku itu telah saya hantar kepada pengirimnya semalam berdasarkan alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.
  11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menanguhkan mesyuarat tersebut. 
  12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan  penyelesaian perlu diambil dengan segera.
  13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah usang akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 
  14. Pemilik kilang yang masih berdegil untuk tidak membuang sisa toksik ke dalam sungai akan      disenaraihitamkan supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 
  15.  Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling memotong tanpa memikirkan tahap keselamatan diri mereka sendiri. 
  16.  Ayah sangat suka makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang disaluti tepung itu. 
  17.  Berdasarkan maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan. 
  18.  Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan bola sepak dari luar negara. 
  19.  Mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan gesekan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
  20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu kumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada dalam ibu negara berkenaan. 
  21.  Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua buah tayar kereta yang dipandunya pancit. 
  22. Setiap pagi hari minggu, ibu akan mengejutkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran. 
  23. Pekerja di kilang membuat songket itu memberi taklimat kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ. 
  24. Mereka menempuh pelbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kemalangan.
  25.  Kami amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana dilanggar kereta api di kawasan landasan itu. 
  26. Terdapat beribu-ribu ekor rusa telah diternak di kawasan ternakan Pulau Kerdas. 
  27. Pekerja yang mengambil cuti itu menurunkan tandatangan pada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya. 
  28.  Ibu menghadiahi kakak sebuah telefon bimbit kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 
  29.  Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal menjaringkan gol. 
  30.  Pegkaji di hospital itu telah mengemukakan satu pendapat bagi membendung wabak selsema burung daripada menular kepada orang ramai. 
  31.  Dengan ini dimaklumkan bahawa pertunjukan fseyen ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal. 
  32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari sekarang agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi.
  33. . Rakyat diseru membeli barangan tempatan untuk mengurangkan pemindahan wang ke luar negara. 
  34. Anggota-anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh. 
  35.  Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang berliku-liku sebelum tiba ke garisan penamat. 
  36.  Para peserta yang menyertai pertandingan memasak tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu. 
  37.  Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja pembinaan rumah kos rendah yang masih terbengkalai.
  38. Menurut Badan Pencegahan Rasuah, kegagalan perumahan itu ialah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
  39. . Nama jolokan artis yang terkenal itu ialah Mawi. 
  40.  Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbongkar jua
  41.  Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya kepada orang ramai. 
  42.  Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu diserahkan oleh mereka kepada pihak pengantin perempuan. 
  43.  Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah benar setelah meneliti sijil asal yang dikemukakan. 
  44. Jabatan Perhilitan akan menjalankan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh setahun setengah.
  45. Para budayawan mestilah menjana minda untuk sama-sama berfikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita. 
  46. Sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos laju
  47. Hal ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang singkat. 
  48.  Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal dibuat pada minggu hadapan. 
  49. Tumpuan kini ialah ke rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari semasa ke semasa sehingga mencapai satu tahap yang dikehendaki. 
  50.  Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha di Malaysia sentiasa membuat penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka. 

No comments

Powered by Blogger.