Konsep Sastera

Apa itu SASTERA?
KONSEP

  • Bahasa Sanskrit iaitu "castera" dan disebut "syastra" membawa erti kitab suci.
  • Satu bidang seni kreatif.
  • Kesusasteraan - kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah (Ali Ahmad; 1994:4)

  • Akaliah
  • Mengungkapkan unsur akaliah - ilmu indah sifatnya.
  • Sesuatu hasil sastera merupakan perutusan, amanat, serta lontaran idea penulis untuk dikongsi bersama khalayak pembacanya.

  • Sensitiviti
  • Gabungan daya rasa(sensori) atau sensitiviti.
  • Karya sastera berhasil meninggalkan kesan perasaan kepada khalayaknya.
  • Mewujudkan pelbagai rasa ;rasa simpati, benci, marah atau geram terhadap fenomena yang dipaparkan.

  • Makna tersurat dan tersirat
  • Pemahaman berdasarkan imej-imej atau simbol yang diungkapkan melalui unsur bahasa.
  • Wujud kepelbagaian makna; makna simbolik di sebalik kata-kata tertentu sehingga berhasil meningkatkan nilai karya itu sendiri.

  • Estetika
  • Nilai yang mempunyai sifat relatif.
  • Nilai keindahan yang wujud dalam sesebuah karya secara bersepadu dengan unsur-unsur lain.

  • Realiti
  • Sastera merupakan manifestasi penulisnya.
  • Fenomena dan persoalan-persoalan yang dipaparkan dalam karya sastera merupakan realiti kehidupan masyarakatnya.(Usman Awang:1987).
  • "sastera sebagai cerminan masyarakat" - refleksi kehidupan manusia atau fenomena sekitarnya yang diterjemahkan secara halus dan berhemah oleh penulisnya.

  • Alat pelepasan minda
  • Alat pelepasan nilai rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat.(A.SamadSaid;1996)
  • Sastera bukan milik peribadi seniman atau penyair bahkan sastera adalah milik manusia sejagat yang menjadi asas untuk merasa memiliki.



No comments

Powered by Blogger.