Latihan penggunaan kosa kata dalam penulisan karangan(70 ayat)

1. Isu keganasan di Palestin sering kali menjadi polemik diantara negara-negara lain ketika perjumpaan PBB diadakan.

2. Golongan marhaen mempunyai peranan yang penting dalam menjamin pembangunan sesebuah negara.

3. Kulawarga mangsa kapal karam itu amat sedih ketika mereka baru mendapat berita tentang tragedi itu pagi tadi.

4. Dasawara kini, kegiatan jenayah semakin meningkat dan anak-anak muda mudah terpengaruh dengan gejala sosial yang negatif.

5. Ikhtisar setiap ahli ketika perjumpaan perlu diambil kira agar kata sepakat dapat dicapai diantara semua ahli.

6. Bruno banyak mewarisi bakat ayahnya tamsil dia suka dan mahir bermain bola sepak.

7.  Wasilah diantara dia dan ibunya tidak mungkin dapat dilupakan meskipun ibunya telah lama meninggal dunia.

8. Setiap anak lahir dalam keadaan nirmala dan ia bergantung kepada ibu bapa untuk mendidiknya sehingga menjadi manusia yang berguna.

9. Setelah bertahun menderita, akhirnya penduduk di negara itu mendapat sakinah apabila diselamatkan oleh negara luar yang sudi membantu mereka.

10. Sinergi diantara ahli pasukan penting untuk memastikan sesuatu matlamat itu dapat dicapai.

11. Ali menggunakan uslub yang lebih mudah dan efektif berbanding Ah Kao untuk menyiapkan tugasan itu dengan pantas.

12. Antara prakarsa yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk membendung kemiskinan adalah dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan marhaen.

13. Sinergi yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak itu bertepatan dengan aforisme, bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

14. Seorang demi seorang ahli keluarga Hafiz mula sirna dari hidupnya apabila usianya semakin meningkat.

15. Tragedi MH370 dan MH17 menyebabkan negara Malaysia agak terkenal di jagatraya pada tahun 2014 yang lalu.

16. Seantero dunia masih cuba mencari punca dan lokasi sebenar MH370 sejak ia hilang pada 1.34 pagi, Sabtu, 8 Mac 2014 yang lalu.

17. Sudah menjadi obligasi bagi setiap rakyat Malaysia untuk bersinergi bagi memajukan negara dari segi ekonomi dan aspek-aspek yang lain.

18. Mayapada masih cuba mencari prakarsa untuk mencipta sumber tenaga baru bagi menggantikan sumber tenaga lama yang mencemarkan alam sekitar.

19.Nasib penumpang MH370 sudah mapan walaupun ianya sangat susah untuk diterima oleh sesetengah pihak.

20. Seyogia pihak kerajaan memberikan maklumat yang sebenar kepada waris mangsa MH370 dan bukan menyembunyikannya.

21. Laut bergelora menyukarkan operasi pencarian sementalahan lokasi sebenar kejadian tidak dapat dikenal pasti menyebabkan kawasan pencarian terpaksa dibesarkan.

22. Mauduk ketika perjumpaan dengan pihak Malaysia Airlines Berhad sebentar tadi adalah bagaimanakah untuk memastikan tragedi seperti MH370 tidak berulang pada masa hadapan.

23. Padau kapal itu koyak setelah terkena serpihan kayu yang diterbangkan oleh angin ketika ribut yang melanda pelabuhan itu dua hari lepas.

24. Walaupun diberi banyak kritikan oleh pihak marhaen, penyanyi itu tetap tegar meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi profesional.

25. Sikap segelintir remaja yang berkongkalikung untuk membuli pelajar baru menyebabkan ramai ibu bapa yang tidak berpuas hati.

26. Tengku sentiasa menyisir rambutnya sebelum pergi bekerja kerana dia amat mementingkan kekemasan.

27. Sifat mahmudah yang ada pada Tengku menyebabkan dia disenangi oleh orang lain.

28. Gemulah dulu seorang yang suka membantu orang lain dan sangat baik orangnya.

29. Ceritera mengenai kehilangan pesawat MH370 yang penuh misteri itu tersebar sehingga ke jagatraya.

30. Antara inti pati yang ditekankan oleh pihak atasan ketika mesyuarat sebentar tadi adalah tentang apakah langkah yang sewajarnya di ambil bagi memastikan pekerja tidak malas ketika bekerja.

31. Marhaen Malaysia perlulah memahami inti pati yang terkandung di dalam undang-undang Malaysia dan mampu berijtihad mengenainya apabila ditanya.

32. Sebelum pesawat malang itu hilang dari radar, ia sedang menghadap ke Laut China Selatan bagi meneruskan perjalannya ke Beijing.

33. Seluruh rakyat Malaysia mengucapkan belasungkawa terhadap keluarga enam orang anggota bomba yang terkorban ketika operasi menyelamat di lombong.

34. Kendatipun usaha pencarian sudah dijalankan selama lebih 2 tahun, namun bangkai pesawat MH370 masih belum dapat dijumpai.

35. Langkah-langkah signifikan perlu diambil bagi memastikan tragedi seperti MH17 tidak berulang.

36. Sifat Tengku yang terampil menyebabkan dia mudah untuk bersinergi dengan orang lain ketika melakukan sesuatu tugasan.

37. Prognosis sesetengah pihak yang mendakwa tahun 2012 adalah tahun di mana hari kiamat akan berlaku adalah tidak benar.

38. Proklamir kerajaan persekutuan Malaysia pada tahun 1963 merupakan satu detik bersejarah bagi semua marhaen di semenanjung dan di Borneo.

39. Tragedi enam bomba yang lemas ketika operasi menyelamat di lombong harus diambil sebagai satu pengajaran agar ia tidak berlaku lagi di masa hadapan.

40. Suasana pilu menyelubungi kulawarga gemulah enam bomba yang lemas ketika operasi menyelamat di lombong pada waktu malam.

41. Remaja pada masa kini harus menggunakan jalur lebar dengan cara yang betul agar ia dapat digunakan untuk memajukan diri mereka.

42. Remaja yang mengamalkan nihilisme perlu diawasi dan dipantau agar mereka tidak menjadi lebih teruk dan mendatangkan masalah kepada orang lain.

43. Marhaen yang mampu bersinergi antara satu sama lain mampu mencipta negara bermobiliti ke arah kemajuan yang pesat.

44. Remaja yang mengamalkan hedonisme akan selalu melanggar undang-undang dan ini akan mencemarkan nama keluarganya.

45. Pengeluar boleh menggunakan konsep francais untuk menarik minat lebih ramai pelanggan bagi membeli produk mereka.

46. Ketua kawad akan memeriksa saf-saf ahli yang lain bagi memastikan ia nampak kemas dan berdisiplin.

47.  Anjakan paradigma perlu dilakukan bagi mengubah senario negatif yang membelenggu golongan muda di negara ini.

48. Remaja yang mampu mengkodifikasi setiap bahan bacaan yang dibacanya akan mempunyai lebih banyak ilmu berbanding remaja yang hanya membaca sepintas lalu sahaja.

49. Penggodam akan enteng untuk menggodam laman sesawang yang tidak dilindungi.

50. Golongan marhaen perlu cakna akan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam dan luar negara.

51. Tuntasnya, kemudahan internet mampu memberikan positif dan juga negatif kepada generasi masa kini.

52. Segala bukti yang dikumpulkan ketika siasatan sudah izhar menunjukkan yang mangsa dibunuh oleh seseorang ketika sedang tidur.

53. Solat berjemaah lebih afdal berbanding solat bersendirian.

54, Kebanyakan marhaen yang datang ke sesi jerayawara itu terdiri dari golongan muda yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.

55. Penceramah yang berpengalaman mampu melakukan rekayasa dengan lebih efektif.

56. Sikap egosentrik yang ada dalam diri perlu dihindari agar hubungsn antara satu sama lain dapat dieratkan.

57.  Dahulu, bangsa Melayu dianggap sebagai adiwangsa kerana kekuatan empayarnya dan budi bahasa mereka yang tinggi.

58. Konsep egalitarianisme mampu mengeratkan hubungan antara semua kaum di dalam sesebuah negara.

59. Seseorang yang tidak membaca Al-Quran akan mempunyai atma yang kosong dan akan sering terlibat dalam masalah.

60. Tragedi MH370 dan MH17 telah membobrokkan nama baik Malaysia Airlines Sdn .Bhd sebagai sebuah syarikat penerbangan utama di Malaysia.

61. Pelajar diminta membuat satu pengitlakan berdasarkan novel yang telah dibaca ketika cuti sekolah yang lalu.

62. Langkah yang efisien perlu diambil untuk mengelakkan tragedi seperti MH370 dan MH17 daripada berulang.

63. Pihak bukan kerajaan sering melakukan pengagihan makanan kepada mereka yang hidup secara gelandangan di sekitar ibu kota.

64. Muasir ini, perihal golongan remaja sering dijadikan isu utama yang dibahaskan ketika perbincangan diantara ibu bapa dan guru diadakan.

65. Sekiranya simbiosis antara kerajaan dan rakyat dapat dieratkan, sudah tentu sinergi diantara kedua-dua pihak mampu diwujudkan.

66. Pidana yang dilakukan oleh kumpulan pengganas itu terhadap kanak-kanak itu tidak dapat dimaafkan.

67.Remaja yang menjadi ningrat mampu membanggakan nama ibu bapa dan juga keluarga.

68. Ramai golongan murba yang jembel terpaksa melakukan jenayah rentas sempadan bagi berpindah dan mencari peluang pekerjaan yang lebih baik di tempat lain.

69. Golongan murba seharusnya bersinergi diantara satu sama lain bagi memajukan negara ini dan menjadikannya sebuah negara yang mampu berdaya saing dengan negara lain.

70. Masyarakat proletar seharusnya dihapuskan dari sesebuah negara kerana keberadaannya mampu mengganggu kestabilan dan keamanan negara.

No comments

Powered by Blogger.