Soalan Percubaan SPM 2018 Pulau Pinang Kertas 1
Bahagian A
Pada zaman sekarang, wang amatlah penting. Namun begitu, tidak semua golongan marhaen mempunyai wang yang banyak. Oleh itu, golongan marhaen seharusnya mengamalkan amalan menabung kerana ia mempunyai banyak faedah.
Antara faedah-faedah yang diperolehi ketika menabung ialah wang tersebut dapat digunakan ketika waktu kecemasan. Pepatah melayu ada mengatakan "Malang tidak berbau" yang membawa maksud kejadian yang tidak diingini boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Contoh rakan kita ditimpa kemalangan dan keadaannya amat kritikal. Kos rawatannya juga agak tinggi. Sekiranya kita menabung, wang yang kita kumpul mampu digunakan untuk menampung kos rawatan tersebut.
Selain itu, kita juga dapat membantu keluarga ditimpa kesusahan. Sekiranya sesebuah kulawarga ditimpa musibah kita mampu memberikan sumbangan dalam bentuk wang kepada mereka. Contoh rumah sesebuah kulawarga musnah akibat gempa bumi. Kita boleh membantu mereka dengan duit simpanan yang kita ada bagi meringankan beban mereka.
Seterusnya, ia juga boleh memupuk sifat berjimat-cermat di dalam jiwa. Sekiranya kita menabung, kita akan membahagikan wang kepada wang yang boleh dipakai wang yang tidak boleh dipakai. Dengan cara ini kita akan hanya membeli barangan yang perlu sahaja kerana wang kita hanya cukup untuk membeli barangan yang perlu sahaja.
Akhir sekali, kita dapat membeli apa-apa yang diingini sekiranya kita menabung. Contoh seseorang budak lelaki ingin membeli permainan kegemarannya namun harganya agak tinggi. Oleh itu, dia mula menabung untuk membeli permainan itu. Walaupun setiap hari dia hanya menabung sedikit sahaaja namun pepatah Melayu ada mengatakan "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit".
Kesimpulannya, kita seharusnya mengamalkan budaya menabung ini kerana ia memberi banyak faedah kepada kita. Sekiranya ramai golongan marhaen yang menabung, mungkin gejala kemiskinan di negara ini dapat diatasi.
Bahagian B Soalan 1
Telefon pintar merupakan salah satu ciptaan yang agak penting bagi manusia. Ia memudahkan kerja manusia, memberi peluang untuk berkomunikasi dengan orang yang tinggal berjauhan dengan kita dan banyak lagi. Jikalau dulu seseorang perlu bersusah payah untuk mendapatkan telefon pintar, sekarang tidak lagi kerana ramai ibu bapa sudah memberikan telefon pintar kepada anak-anak mereka pada usia yang muda. Sekarang agak sukar juga untuk mencari remaja yang tidak mempunyai telefon pintar sendiri. Ia sudah menjadi trend bagi para remaja untuk mempunyai telefon pintar sendiri pada masa kini. Penggunaan telefon pintar ini juga memberikan banyak kesan positif dan negatif kepada remaja, khususnya murid-murid.
Pertama sekali, penggunaan telefon pintar mampu memberikan murid lebih banyak pengetahuan. Telefon pintar mempunyai akses ke internet di mana ia boleh membantu murid mencari sesuatu yang ingin dicari. Ia juga memberikan peluang kepada murid untuk meneroka benda baharu dan ini akan menjadikan mereka lebih berpengetahuan.
Selain itu, telefon pintar juga memudahkan pelajar untuk berkongsi maklumat antara satu sama lain. Ini akan membantu pelajar terutamanya ketika ingin membuat ulang kaji berkumpulan. Ia juga boleh membantu pelajar bertanyakan soalan kepada murid lain yang lebih pandai. Kerja sekolah juga mampu disiapkan dengan lebih efisien dan cepat. Contoh seorang murid tidak hadir ke sekolah kerana sakit. Sekiranya dia mempunyai telefon bimbit, rakan-rakannya boleh memberitahu dia sekiranya guru ada memberikan kerja rumah atau tidak.
Seterusnya, telefon pintar akan menjadikan murid peka dengan isu semasa. Dengan kemudahan internet, murid mampu membaca berita secara atas talian dan ini akan menyebabkan murid sentiasa tahu tentang perkara yang berlaku di dalam dan luar negara. Ini akan mencegah murid daripada menjadi seperti "katak di bawah tempurung" yang tidak mengetahui tentang perkara yang berlaku di luar. Pemahaman murid terhadap isu-isu semasa ini juga mampu menjadikan murid lebih matang berbanding orang lain yang mempunyai umur yang sama dengannya..
Akhir sekali, murid akan menjadi lebih bertanggungjawab kerana telefon pintar bukanlah sesuatu yang murah. Ini akan menjadikan murid lebih berhati-hati untuk menjaga telefon bimbit masing-masing.

No comments